Sunday, February 1, 2009

Lee Chong Wei; wira mereka

Jumaat 15/08/08, ketika ini saya menulis sambil mendengar berita di televisyen tentang Lee Chong Wei, pemain badminton Negara yang telah mara ke peringkat akhir setelah menewaskan pemain Korea, di Olimpik China. Serta-merta saya teringat sejarah sukan Olimpik di Olympia bertujuan untuk menghormati Tuhan Zeus. Pada zaman itu, cuma peserta lelaki yang melibatkan diri, acara yang diadakan meliputi gusti, melempar cakera dan merejam lembing. Jelas, Olimpik pada awalnya hanya untuk kepentingan agama, dan sedikit politik, pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung. Satu strategi untuk mengawal peperangan atau mengekalkan keamanan kerana apabila sukan ini berlangsung semua peperangan dihentikan.
Tapi sukan ini telah hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece) apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat sebagai festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393 Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik dan sukan ini senyap selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke 19. Dan ketika itu Tanah Melayu melahirkan pesilat-pesilat yang handal, malah ada yang memiliki kuasa mistik yang boleh lesap di udara hanya dengan menarik keluar keris dari sarung, tapi sayang para sultan di abad itu sibuk mempertahankan takhta dan tidak mendaftarkan pesilat yang handal ini ke sukan Olimpik sebab Tanah Melayu dijajah.
Pemberita memberitahu dua edisi sukan olimpik sebelum ini, yakni di Atlanta dan Sydney kontinjen Malaysia pulang dengan tangan kosong, itu saya tak peduli. Bukanlah hal yang luar biasa. Rakyat Malaysia juga telah biasa mendengarnya. Namun ada kelainan pada olimpik di China kali ini, mengapa? Sebab ganjaran wang tunai RM 1 juta ringgit yang diumumkan oleh Najib Razak kepada atlet yang meraih pingat emas, RM 300 ribu untuk pingat perak dan RM 100 ribu untuk gangsa memang mengejutkan ramai sebab sudah tentu Lee Chong Wei mengenggam RM 300 ribu itu, pasti ada yang menyesal kerana tidak berlatih untuk menjadi ahli sukan sepuluh tahun lalu (tapi tidak saya).
Sebab saya pernah memegang raket dan memukul bulu tangkis zaman sekolah menengah, sepuluh tahun lalu sebelum saya menyedari nama saya tidak akan terpahat dalam mana-mana sejarah sukan – tidak diperingkat negara, negeri, daerah atau kampung. Dan saya cukup menginsafi diri bahawa bersukan tidak semestinya untuk masuk pertandingan, sebab pada ketika itu ganjaran untuk pemenang bukan beribu-ribu ringgit, melainkan sebuah piala dan sekeping sijil, yang rupa-rupanya digunakan sebagai mencantikkan resume. Dalam ingatan saya – tahun 1998 ketika Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel, saya menonton hanya di kaca televisyen, menyaksikan beberapa orang jaguh negara dalam sukan boling, gimrama, angkat berat dan badminton (sudah tentu) yang meraih pingat diberi ganjaran seorang satu kereta sumbangan Proton.
Dan akhirnya kita harus mengakui, ganjaran memang penting sebagai pendorong (meski saya tak pasti apakah yang ada dalam fikiran Lee Chong Wei – bermain untuk mengangkat martabat negara di mata dunia semata-mata atau kerana ingin merebut pingat atau mengejar ganjaran wang tunai yang lumayan yang dijanjikan kerajaan) apa pun yang berlegar dalam fikiran anak muda yang berasal dari Pulau Pinang itu, juga merupakan kekasih pemain badminton wanita Negara, Wong Mew Choo, yang terkandas di pusingan suku akhir, tidaklah penting untuk kita mengambil tahu, sebab di masa hadapan kita akan terus mengingati bahawa Malaysia hanya bagus dalam sukan badminton.
Ahad 17/08/08, ketika ini saya menulis sambil mendengar dan menyaksikan Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan, kini kita terpaksa akur dan menghormati akan kehebatan China, bukan sahaja dari aspek penguasaan ekonomi dunia yang turut sama digeruni oleh negara sekuat Amerika Syarikat, malah dalam bidang sukan, mereka juga telah menjadi raja, dan dalam badminton mereka telah membina Tembok Besar China yang terlalu kebal untuk diruntuhkan. Dan demi kenyataan itu kita harus mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei sebab dia tetap wira dalam sejarah Olimpik Malaysia.
Dan apakah mungkin untuk sukan Olimpik 2012 nanti atau Olimpik 2016 atau Olimpik 2020, ganjaran bagi atlet yang meraih pingat emas akan menerima gelaran ‘Dato atau Tan Sri’ berserta wang tunai RM 10 juta bagi memastikan atlet negara kita dari bidang sukan lain akan berlatih bermati-matian? Barangkali akan menjadi realiti apabila sukan skuash telah tersenarai dalam Olimpik dan Nicol David akan melakukan sesuatu untuk mengibarkan Jalur Gemilang di puncak lebih tinggi.

Thursday, January 29, 2009

Ayat-Ayat Cinta Pengecut?

Selepas ketibaan novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy di tangan pembaca, maka muncul segerombolan lain penulis yang mencuba nasib untuk menghasilkan berbentuk novel islamik. Persoalannya; apakah ini satu trend? sama seperti selepas novel Da Vinci Code meletup, lahirnya penulis thriller yang berlumba-lumba menggali sejarah dan mempersoalkan agama serta memanfaatkan sains di barat, dan eropah khususnya.

Menariknya novel-novel islamik ini menggunakan judul yang mesti menyelitkan perkataan 'cinta'

Misalnya.
1). Mihrab Cinta
2). Ketika Cinta Bertasbih
3). Ketika Cinta Berbuah Surga
4). Di Atas Sajadah Cinta
(Semua novel2 ini hasil karya Habiburahman el-shirazy)


HAKIKAT Ayat-Ayat Cinta bangkit sebagai karya penuh kontroversi selepas kejayaannya dalam bentuk novel mahupun filem di Nusantara menguatkan lagi semangat mereka yang belum membaca novel atau menonton filem ini bagi mencari jawapan kepada kejayaannya. Novel dakwah karya Habiburrahman el-Shirazy ini sesuai dibaca sesiapa saja yang ingin mengetahui Islam secara mendalam, tetapi mendapat maklumat secara santai dan pasti turut disenangi generasi muda kerana pengarang turut menyulam kisah cinta penuh duga antara pasangan berlainan bangsa.

Pembaca disogokkan dengan kisah pertemuan mahasiswa Indonesia, Fahri Abdullah Shiddiq dengan mahasiswi Jerman, Aisha, dalam metro, sejenis pengangkutan darat di Kaherah dan kebetulan gadis itu sedang menangis ketakutan selepas dimaki serta dihamun penumpang Mesir. Segala-galanya berpunca daripada tindakan gadis itu memberi tempat duduknya kepada seorang nenek berbangsa Amerika yang hampir tersungkur dan meminta maaf kepadanya atas kebiadapan penumpang lain, ekoran keengganan mereka melepaskan tempat duduk masing-masing. Penumpang Mesir dalam metro berasa tersinggung dengan kata-kata gadis itu menyebabkan dirinya dimarahi bertubi-tubi dan Fahri cuba menghulur bantuan dengan meminta mereka agar berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW bagi meredakan kemarahan, tetapi gagal.

Bagaimanapun kekecohan menjadi tenang sebaik pemuda Mesir, Ashraf, yang baru dikenali Fahri dalam tren terbabit menjelaskan lelaki Indonesia yang menuntut di Universiti al-Azhar itu adalah pelajar Syeikh Utsman Abdul Fattah, guru agama tersohor dan disegani di Kaherah, Alicia, gadis Amerika yang menaiki Metro dengan nenek terbabit, berterima kasih kepada Fahrin kerana menyelamatkan keadaan dan Aisha sebelum turun di destinasinya, turut menyatakan rasa syukurnya atas bantuan pemuda terbabit sehingga menjadi detik permulaan persahabatan mereka. Di Mesir, Fahri tinggal dengan empat teman senegara, Saiful, Rudi, Hamdi dan Misbah di apartmen sederhana yang dihuni sejak tujuh tahun lalu serta berjirankan keluarga Kristen Koptik, pasangan Tuan Boutros dan Madame Nahed, di samping dua anak mereka, Maria serta Yousef. Walaupun agama mahupun akidah mereka berbeza, antara Fahri dan teman serumahnya terjalin hubungan baik dengan keluarga Boutros; suatu kebiasaan di Mesir untuk jiran Islam serta Kristian Koptek hidup dalam keadaan aman damai.
Maria digambarkan pengarang sebagai gadis manis lagi berpekerti mulia dan dianggap aneh oleh Fahri kerana berupaya menghafal dua surah dalam al-Quran, al-Maidah dan Maryam, meskipun tidak beragama Islam, juga dipertemukan dengan Fahri secara tidak sengaja ketika menaiki metro. Ketika meraikan ulang tahun Madame Nahed, ibu Maria meminta Fahri menari dengan anak gadisnya itu, tetapi ditolak secara bersopan dengan memberi alasan Islam melarang bukan muhrim berbuat demikian dan kesungguhan Fahri mempertahankan agamanya, menimbulkan rasa hormat. Selain keluarga Boutros, Fahri juga berjiran dengan keluarga Bahadur, ketua keluarga yang kasar dengan sesiapa saja termasuk isterinya, Madame Syaima dan puteri bongsunya, Noura, berkulit putih dan berambut perang, berbeza dengan dua lagi saudaranya, Mona mahupun Suzanna. Kecantikan Noura menyebabkan dirinya dimusuhi keluarganya selain sering menjadi sasaran kemarahan bapanya yang kasar dan keras kepala, sehingga pernah diseret di hadapan orang ramai dan punggungnya penuh dengan luka kesan dipukul Bahadur. Pada malam Noura menerima kecederaan paling parah, Fahri melindunginya dengan mendapatkan bantuan daripada Maria yang meskipun pada mulanya takut berbuat demikian kerana bimbang akan malang menimpa dirinya sekiranya rahsia mereka bocor, tetapi akhirnya membantu. Peristiwa malam itu menjerumuskan Fahri dalam penderitaan yang hampir meragut nyawanya apabila dirinya menjadi mangsa fitnah Noura dan hampir menggoncang kebahagiaan rumah tangga pemuda itu dengan Aisha. Pembaca novel ini dapat membayangkan latar sosiobudaya Asia Barat yang digambarkan pengarang dengan jelas, tepat dan hidup, lagi tidak menjemukan sehingga mereka mampu berimaginasi, selain jalan ceritanya menyebabkan mereka berasa menjadi sebahagian daripada watak. Suasana sedih, haru, pilu, senang dan gembira begitu sempurna sehingga pembaca turut berasa suka duka Fahri, kekagumannya saat pertama kali melihat wajah Aisha, bahagia menikmati malam zafaf dan rindunya kepada ibu bapa di tanah airnya. Pembaca turut sama tenggelam dalam kebingungan Fahri sebaik mengetahui rakan senegara, Nurul turut mencintainya pada saat akhir sebelum bernikah dengan Aisha, berasa pilu dengan fitnah ke atasnya serta terharu apabila membaca diari Maria yang ketika itu terlantar lemah di rumah sakit. Ringkasnya novel ini bukan sekadar kisah cinta buta yang sarat dengan dusta, tetapi mampu membuka hati untuk mengenali erti sebenar cinta sejati, berlandaskan Islam yang penuh kesucian, mengenali kebesaran, rahmat dan kurniaan Ilahi yang tidak terhingga. Tidak ketinggalan, pengarang tidak mengabaikan kepentingan pendidikan dalam meletakkan status seseorang dalam masyarakat, nilai kekeluargaan dan adab rukun tetangga menurut kaca mata Islam serta ketakwaan kepada yang Maha Esa juga digarap dengan bersahaja lewat novel ini.


Lalu, bahagian apa pula novel ini dikatakan pengecut oleh Ayu Utami (novelis yang telah menghasilkan novel fenomena Saman & Larung, pencetus fragrant literature di Indonesia lewat 1998-2002)

Ayat Ayat Cinta PengecutIin Yumiyanti - detikNews
>
-->Jakarta - Film Ayat Ayat Cinta (AAC) kini telah tembus 3 juta penonton. Sebelum sukses filmnya, novel dengan judul ang sama juga laris manis. Setelah film rilis, novel AAC juga kembali diserbu pembeli.Sayang meski laris manis, novel ini kurang mendapat apresiasi dari sastrawan atau kritikus sastra lainnya. Hanya sastrawan yang tergabung dalam Forum Lingkar Pena (FLP), tempat bernaung penulis AAC Habiburrahman El Shirazy, yang memuji-muji novel ini.Sementara di luar FLP, jarang kritikus sastra ataupun sastrawan yang tertarik atau telah membaca novel ini. Mayoritas sastrawan dan kritikus sastra yang dihubungi detikcom mengaku belum membaca, bahkan menyatakan tidak berminat membaca AAC.Dari sedikit sastrawan yang telah membaca karya Kang Abik, panggilan Habiburrahman adalah Ayu Utami. Apa pendapat si penulis novel fenomenal 'Saman' ini? Berikut petikan wawancara detikcom dengan Ayu Utami:
Apakah anda sudah membaca novel atau menonton film Ayat-Ayat Cinta?
Saya sudah membaca novelnya. Tapi belum menonton filmnya.Beberapa sastrawan dan pengamat sastra menyatakan tidak berminat membaca Ayat-Ayat Cinta.

Mengapa anda membaca novel Ayat-Ayat Cinta?Kalau saya kan memang harus mengikuti perkembangan perbukuan. Saya bagaimana pun bergerak di bidang penulisan, saya anggota Komunitas Sastra Jakarta, saya harus sering baca sastra, saya sering menjadi juri omba cerpen. Jadi membaca novel baru yang menjadi perbincangan wajib bagi saya. Senang atau tidak senang, saya harus membacanya.Setelah membaca, apa kritik anda?Ayat-ayat Cinta itu novel Hollywood, novel yang akan membuat senang pembacanya. Cara membuat senang itu dengan memakai resep cerita pop, misalnya berita happy ending, katakan yang orang ingin dengar, jangan katakan yang tidak ingin didengar.Orang sekarang ingin mendengar petuah bijak, seperti ada sesuatu yang optimis, ada kebaikan di dunia ini.Ayat Ayat Cinta ini, dari segi struktur cerita seperti cerita Hollywood tahun 1950-an. Bedanya, kalau Hollywood Kristen, ini islam. Endingnya mirip, yakni agama menang. Kalau di Hollywood, misalnya Winnetou masuk Kristen, kalau di Ayat-Ayat Cinta, yang perempuan (Maria, seorang Kristen Koptik) masuk Islam.Samalah plotnya dengan cerita Hollywood tahun 1950. Laki-lakinya (Fahri, tokoh utama novel Ayat-Ayat Cinta) sangat jagoan, ia miskin, tapi bisa sampai Mesir dan tiba-tiba di Mesir, empat perempuan jatuh cinta semua. Hero banget, hebat dia bisa menaklukkan banyak perempuan.Karakterisasi tokoh Fahri dalam novel itu, apakah cukup kuat untuk membuat para perempuan jatuh cinta padanya?Kalau saya nggak tahu. Kenapa laki-laki ini bisa bikin perempuan jatuh cinta. Kalau yang Aisha (perempuan Turki yang kemudian menikah dengan Fahri) mungkinlah, karena ada konflik saat bertemu di metro, tapi bagaimana dengan tetangganya (Maria) bisa jatuh cinta habis-habisan, ini yang tidak tergarap.Cerita novel ini sangat laki-laki, memenuhi keinginan dan impian semua laki-laki untuk dicintai banyak perempuan, yang perempuan istri pertama menyuruh dia kawin lagi. Lalu penyelesaiannya untuk kompromi simpel, perempuan yang istri kedua mati. Hollywood tahun 1950-an juga seperti itu. Kristen itu kan mengagungkan tidak menikah, jadi begitu tokoh utamanya punya pacar dimatikan. Nah di Hollywood itu tahun 1950-an, Indonesia baru tahun 2008.Mengapa kemudian Ayat-Ayat Cinta ini sangat laris?
Karena masyarakat kita masih di situ tahapnya, inginnya kisah-kisah yang hitam putih dan penuh optimisme seperti itu. Mungkin karena kita habis reformasi, lalu ada chaos, jadi kita ingin kisah yang menghibur seperti itu.

Di novel ini ada cerita tentang pindah agama, dan ini yang menjadi salah satu kontroversi.
Menurut anda, apakah cukup kuat pelukisan sehingga ada alasan pindah agamanya Maria masuk akal?
Saya nggak tahu. Buat saya nggak penting kuat atau nggak. Orang pindah agama, dalam hidup sehari-hari, banyak sekali alasannya, ada yang terancam maut, lalu pindah agama . Ada yang karena kawin lalu pindah agama. Ada yang secara revolusioner, ada yang pelan-pelan atau evolusioner.

Ada yang keberatan dengan kisah pindah agama ini diangkat ke novel yang dikonsumsi publik, karena itu menunjukkan dakwah agar masuk Islam sehingga dikhawatirkan bisa mengganggu toleransi antar umat beragama di Indonesia. Pendapat anda?Ini kan novel dakwah, jadi nggak apa-apa. Saya Katolik, menurut saya nggak apa-apa orang berdakwah. Memang kenapa kalau berdakwah? Kecuali penulisnya bilang, ini bukan novel dakwah. Dia mengaku ini novel dakwah, jadi sah saja.Saya juga berdakwah, saya mendakwahkan ide-ide saya. Nggak papa ngajak masuk Islam. Kita mau ngajak masuk agama lain, nggak masalah. Namanya, rebutan pengikut agama itu biasa saja. Itu sebuah proses yang baik.Persaingan agama itu merupakan hal yang baik, dengan adanya persaingan itu akan menghindarkan kekejaman atau represi dalam agama. Orang yang mengalami represi sebuah agama bisa pindah ke agama lain. Kelompok yang berkeberatan dengan kisah masuk Islam ini menuding ada hegemoni soal kebenaran agama. Mereka mengandaikan bila yang sebaliknya yang dijadikan film?Persoalan kita, negara ini kan mayoritas muslim, sebagian besar kurang berpendidikan. Saya kira melihatnya, soal kelompok garis keras menyerang kelompok non muslim itu harus dilihat dengan kaca mata yang lebih luas. Ini bukan persoalan agama, tapi persoalan sosial politik.Saya kira hal yang sama juga terjadi, jika mayoritas negara ini Kristen misalnya dan ada orang Islam menghujat Kristen. Jadi nggak bisa dilihat dari kaca mata agama. Harus dari sosial politik, bahwa mayoritas cenderung akan cenderung akan berperilaku nggak bener. Kita harus pandai memisahkan hal-hal yang beruhubungan antara gama dengan sosial .Ngomong soal film ya film. Nggak usah pakai film untuk menilai persoalan lain di masyarakat. Jangan campur adukkan kacamata. Pakai kacamata yang pada tempatnya.Soal poligami, bagaimana pandangan anda?Di luar novel itu, bagi saya, poligami tidak layak diteruskan. Itu sistem di masa lalu, tidak cocok untuk masa depan.Kalau dalam novel ini, kasus poligami disikapi dengan pengecut. Dalam arti, sebagian besar perempuan tidak mau dipoligami. Bila pun ada, perempuan yang mau dipoligami itu, biasanya mereka sebagai istri kedua, ketiga, atau keempat.Ya kita bisa lihat kasus Aa Gym, dia kehilangan pendukung begitu dia melakukan poligami. Jadi jelas sekali poligami tidak disukai perempuan. Novel ini kompromistis sekali. Ia tidak berani ekstrim, dia mengangkat wacana atau ideologi poligami, tapi lalu akhirnya buru-buru dimatikan. Dia hanya kembali ke titik yang happy ending, inilah resep cerita pop.Apa kekuatan Ayat-Ayat Cinta sendiri sehingga bisa laris?Judulnya kuat, ini mengingatkan pada Ayat-Ayat Setan, atau lagu Laskar Cinta. Kemudian enak dibaca, dia punya keterampilan menulis. Tapi saya kira kekuatan Ayat-Ayat Cinta ini adalah kemampuannya untuk menyenangkan, untuk mengkonfirmasi apa yang dipercayakebanyakan orang. Mental masyarakat itu merindukan orang untuk masuk ke agamanya, kita senang bila ada yang masuk agama kita. Di sini, masuk Islam, di Hollywood masuk Kristen.Soal beberapa kalangan yang berpendapat Ayat-Ayat Cinta ini bukanlah sastra?Tahun 1920 an sampai belakangan ini, saya kira batas sastra pop dan serius tidak ada lagi. Batasnya tidak terlalu ketat. Sebuah karya novel, apapun itu adalah kerajinan kata-kata. Tidak perlu dia ditempatkan sebagai sastra atau tidak.

Apa kelemahan Ayat-Ayat Cinta?Paling lemah, kalau menurut saya, adalah nafsunya pada kebenaran. Begitu bernafsu untuk menunjukkan kebenaran. Tapi dia mengakui ini novel dakwah, jadi nggak masalah.Tapi bagi saya, kalau sastrawan bernafsu untuk menyampaikan kebenaran itu tidak menarik. Sastra bukan untuk alat berdakwa, tapi untuk mempergulatkan nilai-nilai. Sastra itu selalu menghargai membuka persoalan. Bukan berakhir dengan kata amin seperti bila kita berada di masjid atau di gereja.

Wednesday, January 28, 2009

Quote 1

(Petikan daripada drama bersiri Grey Anatomy's)
Derek Shepherd: Dr. Yang…
Cristina: You know what? For just a moment, I’m not Dr. Yang and you’re not Dr. Shepherd. You’re the guy who screwed up my friend. The guy who drove her to get a dog she can't keep, the dog she only got because her boyfriend lied to her about his wife.
Derek Shepherd: I never lied to her.
Cristina: You know, I know a liar when I see one because I am a liar.

(Petikan daripada filem animasi Chicken Run)
Rocky: You see, flying takes three things: Hard work, perseverance and... hard work.
Fowler: You said "hard work" twice.
Rocky: That's because it takes twice as much work as perseverance.


(Petikan daripada drama bersiri The Bones)
Zack Addy: [of the beetles] You can't kill them. They have names.
Dr. Temperance Brennan: We have to, Zack. [grabs a handful and puts them in another jar]
Dr. Temperance Brennan: Some.
Dr. Jack Hodgins: In Thailand, they sautee them in peanut oil.


(Petikan daripada filem Ali Baba Bujang Lapok)
"Aku pun penyamun dah.." - Kassim Baba
"Bire jadi penyamun raa?" - Momotaro San
"Baru la ini ada aku masuk. Ini semua aku lah yang kebas!!" - Kassim Baba

(Petikan daripada filem Ayat-ayat Cinta)
Aisha : apapun kulakukan untuk membebaskan fahri
Iqbal : bagaimana kalau hakimnya kita suap
Aisha : berapapun akan ku bayar
Fahri : Jangan, kita tidak selamanya hidup di dunia;kamu jangan lakukan itu

(Petikan daripada Dragon Ball Z)
Goku: That's what you think, Captain Cocky!
Vegeta: You can take control of my mind and my body, but there is one thing a Saiyan always keep... his PRIDE!

Continue ...

Wednesday, January 21, 2009

harus kembali ke blog

Dalil2 yang munasabah mengapa saya harus kembali ke blog

Situasi 1
Timbul keinginan yang mendalam untuk berkisah (kisah benar, kisah rekaan, kisah masa lampau atau kisah masa depan) sebab kebolehan berkisah tiada pada semua orang, sama seperti minat membaca dan memahami yang cuma ada pada sesetengah orang.


Teman Saya: Kenapa kau jadi penulis?
Saya: Menulis boleh menyindir orang
Teman Saya: Patutlah rata-rata penulis pembangkang
Saya: Aku berkecuali sebab 'bangkang' macam sama dengan 'bangang' tak sedap didengar

Situasi 2
Banyak program2 sastera di sekitar ibu negeri anjuran persatuan penulis yang tidak diketahui umum.

Teman Saya: Persatuan penulis dapat untungkah anjurkan aktiviti?
Saya: Ulat dalam batu pun boleh hidup, apatah pula kita manusia
Teman Saya: Itu zaman sebelum hijrah
Saya: Sebab itulah pentingnya menjalin hubungan dengan orang2 besar

Situasi 3
Rata-rata penulis mempunyai blog sendiri sama ada untuk tujuan meluahkan rasa tak puas hati, menyindir, marah, mempromosi buku masing-masing dan berhubung dengan kawan-kawan penulis lain, tapi yang pasti blog sebagai medium bertukar pandangan dan berkongsi ilmu.

Saya: Suka dengan web Malaysia Today
Teman Saya: Bloggers banyak kali timbulkan hura-hara dalam negara
Saya: Kepala orang tak sama
Teman Saya: Patutlah dunia ini tak pernah aman

Situasi 4
Penulis mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat pembacanya, sebab itu penulis digalakkan menulis perkara yang baik-baik belaka, yang mendidik, yang membentuk pemikiran pembaca ke arah kebaikan. Dan blog boleh menjadi medium untuk menyampaikan pesanan kepada pembaca.

Saya: Jasni Matlani kata 'menulis satu kewajiban'
Teman Saya: Hasyuda Abadi selalu kata 'menulis satu ibadah'
Saya: Haji Arffin pernah kata 'kata-kata ke syurga'
Teman Saya: Kau pula kata apa?
Saya: Aku tak kata apa, aku cuma tulis